Suhbah Travel & Tours Sdn Bhd dengan No. Pendaftaran Syarikat (909250-W) dan No. Lesen Perlancongan Penuh KPL/LN : 6367 telah diasaskan pada Mac 2010 oleh Ustaz Khairul Anuar bin Ahmad, pensyarah berkelulusan BA Universiti al-Azhar, Mesir. Master in Syariah dari Universiti Malaya dan kini sedang dalam proses menyiapkan tesis Phd. dalam bidang yang sama.
Beliau juga berpengalaman menjadi ahli panel bersama Mantan Rektor UIA, Tan Sri Prof. Dr Mohd Kamal bin Hassan dan Ketua Urusetia Persidangan Haji Antarabangsa, Prof. Dr Mohd Hisyam Abbas dalam membentangkan kertas kerja di Persidangan Haji Antarabangsa 2012 di Makkah al-Mukarramah, Arab Saudi anjuran Kementerian Haji Arab Saudi.
Perkataan ‘Suhbah’ yang berasal daripada Bahasa Arab, membawa maksud sahabat, bersesuaian dengan slogan syarikat kami iaitu, ‘Teman Musafir Ibadah Anda’ dan semua yang pernah mengikuti pakej kami secara automatiknya layak menjadi ahli Suhbah Travel & Tours yang diberi nama ‘Sahabat Suhbah Travel’.
Berbekalkan pengalaman ketika menuntut di Timur Tengah dan pengalaman mengembara ketika sebelum tamat pengajian itu lah maka alhamdulillah dengan izin ALLAH SWT, kami telah berjaya menguruskan rehlah-rehlah ilmiah yang bermatlamatkan tema ‘Musafir Ibadah’.
Antara lokasi yang menjadi keutamaan syarikat kami adalah :
- Ziarah Ulamak Hijaz di Syria, Jordan dan Mesir
- Rehlah Menghayati Mukjizat Isra’ Mikraj & Khilafah Uthmaniah di Jordan, Baitul Maqdis dan Istanbul
- Kembara Ilmiah ke Spain, Morroco dan Mesir
- Rehlah ke Indonesia seperti Acheh, Jakarta, Surabaya, Kemboja, Padang & Brunei
- Pakej Umrah
- Upah/Badal Haji
