Rehlah Ilmiah Ke Pasentren Bandung, Indonesia
Hari 01: Kuala Lumpur –Bandung
Berkumpul di KLIA 2 jam 10.00 pagi. Taklimat ringkas & doa musafir, Berlepas dengan Malindo Air OD 302 jam 1210. Mendarat Husen Sastranegara Intl. Airport Bandung, Jemaah akan dijemput oleh wakil Suhbah Travel & Tours. Kemudian terus menuju PESANTREN DARUL-TAUHID. Solat Zohor Asar Jama’ Qasar di Mesjid DARUL-TAUHID. Selepas Solat mengikuti Pengajian Al Hikam kemudian ramah mesra dengan pihak Pengurusan Pesantren. Check In Homestay Darul Tauhid. Solat Maghrib, iktikaf hingga solat Isya’ . Selepas Solat Isyak mengikuti Majlis Ilmu Kitab Ma’rifatullah. Selepas pengajian, makan malam dan acara bebas.
Hari 02: Cibaduyut
Solat subuh di Mesjid Darul-Tauhid, mengikuti Majlis Ilmu ‘Pengurusan Hati’. Sarapan di Restoran berhampiran Homestay. Check Out Homestay dan meneruskan perjalanan ke Pesantren Darul Qolbu. Dalam perjalanan Makan Tengahari di restoran tempatan. Solat Zohor,Asar Jama’ Qasar di Mesjid PESANTREN DARUL QOLBU di Cilisung – Cibaduyut. Majlis Silatulrahmi bersama Pengurusan Pasenteren. Kemudian berbelanja ke Cibaduyut pusat kulit terkenal di Bandung. Solat Maghrib Isyak Jama’ Qasar. Kemudian Makan malam di Restoran tempatan. Check in Hotel.
Hari 03: Tasik Malaya
Solat subuh. Tazkirah. Sarapan di hotel, Kemudian Jemaah akan meneruskan perjalanan menuju Tasik Malaya. Mengunjungi PESANTREN MIFTAHUL HUDA. Sesampai di Pesantren Jemaah akan disambut dengan Keramahan Khas Tasik Malaya dan terus diajak ZIARAH ke MAKAM Pengasas Pesantren : Makam Syeikh KHOIR AFANDI. Pertemuan Rasmi dan sumbangan derma. Kemudian Solat Zohor Asar Jama’ Qasar di Mesjid Pasenteren. Jamuan makan tengahari di Pesantren ini. Meneruskan perjalanan ke Bandung, Sesampai di Bandung Shopping di Toko TIGA membeli beraneka produk tempatan. Solat Maghrib Isyak dan Makan malam di Restoran. Kembali ke Hotel .
Hari 04: Bandung – KL
S.Subuh,Tazkirah. Sarapan pagi di hotel, check out dan Kemudian Melanjutkan perjalanan ke airport , dalam perjalanan ke Airport Bandung berhenti shopping di Pasar Baru, pusat penjualan textile ,pakaian Muslim seperti telekung, batik dan lain-lain. Makan tengahari ‘Lunch Box’. Kemudian tranfer to airport. Penerbangan OD 301 berlepas jam 1405. Mendarat di KLIA 2 jam 1710.