“Salam, kpd semua sahabat kembara Ilmiah bersama Suhbah Travel, semoga ukhwah kekal terjalin. Saya mohon ampun dan maaf atas segala salah dan silap perkataan atau perbuatan sepanjang kita bersama di dlm perjlanan 10 hari di negara Balkan. Terima kasih ustaz Khairul Anuar, atas kesudian memberi peluang kpd saya berkongsi ilmu dan pengalaman, semoga kita semua memperoleh manafaat dari nya. Untuk alumni suhbah travel, saya mengalualukan utk menaja dan buat di rumah saya, semoga ada keberkatan nya”
“Syukran ustaz for the excillent services ..in Syaa Allah Suhbah TT akn tetap utuh dan tetap d hati..
Maaf jua zahir n bathin dari sy n suami..☺”
“Terima kasih semua sahabat semoga silaturahim kita berterusan, terima kasih pada ustaz khairil Anwar yg tlh memberi peluang kepada saya untuk mgikuti rombongan kali ini, tahniah dan syabas pd ustaz yg berjaya mengisi perjalanan ini dg penuh pengisian rohani dan jasmani, moga Suhbah travel terus maju dlm mencapai misi dakwahnya kpd ummah.syukran jazilan”
“Saya telah menyertai pakej umrah ziarah Jordan bersama Suhbah Travel & Tours Sdn. Bhd. Alhamdulillah saya amat berpuas hati. Bimbingan di tanah suci diutamakan.
“Alhamdulillah saya telah menyertai 2 pakej bersama Suhbah Travel. Pertama ke Jepun. Saya dapati penjagaan ibadat amat ditekankan walaupun berada di negara bukan Islam. Servis yang diberikan amat baik. Kali keduanya ketika menunaikan umrah. Alhamdulillah, semua yang dinyatakan dalam pakej dilaksanakan.
“Allhamdulilah setelah mengenali Suhbah Travel & Tours, saya telah menghantar staf saya seramai 17 orang menunaikan umrah dan hadiah lawatan untuk stokis ERA EDAR ke Jepun saya telah amanahkan kepada agensi ini. Servis yang diberikan amat memuaskan terutamanya bimbingan ibadat serta penjagaan solat ketika musafir. Terima kasih”
“Saya telah dua kali menunaikan umrah bersama Suhbah Travel. Alhamdulillah amat berpuas hati sekali. Kali pertama pergi bersama isteri. Kali kedua saya bawa keluarga seramai 5 orang. Ibadat dan kebajikan terjaga.”
“Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih di atas usaha dan semangat ustaz dan isteri dalam memberi ilmu, bimbingan dan tarbiyah terhadap kami sekeluarga sepanjang ‘Kembara Ilmu’ di Bumi Uzbekistan dan Istanbul, Turki pada tarikh 2-12 Jun, 2015. Banyak yang kami pelajari secara langsung & tidak langsung. Ilmu bukan sesuatu yang perlu dibicarakan semata-mata namun ia jua boleh diperolehi menerusi penghayatan”.
“Assalamualaikum ustaz. Saya bagi pihak keluarga ingin merakamkan ucapan terima kasih kerana pengurusan yang baik. Setakat ni, kami dah pergi ke 30 negara menggunakan pelbagai agensi perlancongan dan agensi milik ustaz adalah antara yang terbaik.”
“Saya sangat berpuas hati dengan pakej ustaz. Banyak ilmu dan pengalaman baru yang saya dan isteri perolehi. Dengan bilik hotel saja dah 1st class, macam bertaraf 5 bintang, makanannya lagi. Tak sepadan dengan harga pakej yang kami bayar. Kalau ada kekurangan pun kami terima ia sebagai tanda ujian Allah kepada kita semua untuk menguji tahap kesabaran kita. Terima kasih.”
“Saya pernah mengikuti pakej umrah bersama Suhbah Travel & Tours. Alhamdulillah khidmatnya amat baik. Hotel dekat seperti yang dijanjikan serta harga yang amat berpatutan. Yang lebih penting sekaliadalah bimbingan melaksanakan ibadah di tanah suci kerana ini adalah kali pertama saya mengerjakan umrah. Tazkirah juga diberikan setiap hari. Tahniah.”
“Saya amat berpuas hatidengan khidmat Suhbah Tarvel & Tours. Ibadah terjaga, ada pengisian ilmu serta harga yang amat berpatutan. Sesuai dengan slogan syarikat, ‘Teman Musafir Ibadah Anda’.”